Langkau ke kandungan utama

Oh Alisya!


Oh! Alisya!

       s
uara riuh rendah diluar rumah menggangu pembacaan aku.Buku novel yang setebal tiga ratus mukasurat itu diletakkan diatas sofa.aku hairan,agaknya siapalah yang menjerit-jerit pada waktu malam   begini.Dengan langkah yang perlahan aku menuju ke tingkap dan menjenguk keluar takut-takut ada berlaku pergaduhan sementara ibu dan ayah pula tiada dirumah.Aku terkejut setelah melihat air mula menaiki tangga rumahku.Ku lihat Jiranku ada yang sudah berpindah ke tempat selamat dan ada yang masih dirumah kerana ingin menyelamatkan barang-barang berharga.

          Aku dengan segera mengambil semua dokumen yang penting dan dengan memakai jaket keselamatan aku pun melangkah keluar dari rumah.”Sejuk pula diluar rumah ni” getus hati kecilku.Kedengaran bunyi guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung seakan-akan memberi amaran bahawa hujan takkan berhenti.Aku pun bergegas menuju ke tempat perlindungan mangsa banjir dan ketika aku sampai  ke sana,aku hanya melihat wanita dan kanak-kanak sahaja yang tinggal disitu.Aku bertanya kepada makcik ku yang ku panggil mak su tentang keberadaan pakcik dan orang-orang lelaki yang lain.Mak su memberitahu bahawa pakcik dan warga lain pergi menolong pasukan penyelamat untuk mencari dan menyelamat bangsa banjir .

         Tanpa berlengah aku pun menemui ketua penyelamat di situ dan menyatakan hasrat untuk turut serta dalam misi menyelamat mangsa banjir.Aku dan dua orang anggota penyelamat pun bertolak mencari mangsa banjir dengan menaiki sebuah bot.Hujan yang sangat lebat itu menyukarkan kami melihat mangsa dari jarak jauh dan kami terpaksa mengunakan wisel dan lampu untuk memberitahu mangsa akan keberadaan kami.Ketika aku sedang melalui sebuah rumah aku terdengar suara kanak-kanak menangis dan jeritan meminta tolong,suara tersebut datangnya dari  rumah rakan perempuanku Alisya, yang baru ku kenali.Aku pun menyuruh agar bot diberhentikan di rumah tersebut.Aku pun masuk kedalam rumah dan  melihat dia dengan adik lelakinya yang berumur 6 tahun sedang duduk diatas meja dengan pakaian yang basah kuyup dan menggigil.

     “Ayah dan ibumu dimana?”tanyaku.
    “Ayah dan ibu pergi ke Bandar dan masih belum balik-balik lagi” kata Alisya…

        Aku pun membawa mereka naik atas bot serta memberi mereka baju sejuk yang sengaja ku bawa sebagai persediaan untuk sebarang perkara yang tidak diingini.Di sepanjang perjalanan Alisya tidak henti-henti menangis dan ini membuatku sedikit risau dan berharap agar kami cepat sampai ke tempat perlindungan.Tiba-tiba bot yang kami naiki melanggar kayu hanyut ketika hendak membelok keluar ke jalan besar  menyebabkan bot kami bocor dan dimasuki air,tanpa berlengah aku memberikan jaket keselamatan yang hanya tinggal satu kepada adiknya manakala jaket keselamatanku ku berikan kepada Alisya.beberapa minit kemudian bot kami tenggelam lalu aku membawa Alisya dan adiknya menuju ke sebatang pokok untuk berpaut sementara menunggu bantuan tiba.

     Salah seorang daripada anggota penyelamat tersebut menelefon ketua mereka agar menghantar bantuan kepada kami.Sementara menunggu bot bantuan tiba,aku dan dua orang anggota penyelamat itu berpecah untuk meninjau kawasan berkenaan kalau-kalau ada bot yang yang lalu dikawasan itu.Ketika sedang asyik meninjau aku merasakan kakiku kebas dan sukar digerakkan.Aku jadi panik dan badanku terasa semakin berat,mataku tidak dapat melihat dengan jelas dan rasa pedih.“Ya ALLAH selamatkanlah aku,aku tidak mahu mati di usia mudaku”.jika aku mati,bagaimana dengan keluarga dan kawan-kawanku?bagaimana dengan…………….  .Segalanya menjadi gelap dan aku tidak ingat apa-apa lagi. 
    Perlahan-lahan aku membuka mata.Warna putih semuanya.

     ”dimanakah aku?” Tanya hati kecilku.

        “Man….Man.awak dah sedar,nak?” suara Mak  yang ku kenal selama tujuh belas tahun.Aku terlihat ibuku yang berlinangan air mata disisi ku.

       “Mak di mana Man sekarang”suaraku agak lemah.seluruh badanku terasa lemah longlai.kepalaku berdenyut-denyut bagaikan bom yang  meletup.

       “Man ada dihospital sekarang.jangan banyak cakap.Man banyakkan berehat.”nasihat ibuku.

           “Mak,bagaimana keadan kawanku Alisya??selamatkah dia?cemas aku bertanya-tanyakan ibuku.ibuku kaku sejenak.

         “dia dah tak ada,Man.mayatnya dijumpai  petang tadi,”jawab ibuku dengan suara yang perlahan.

             “Oh Alisya! Mengapa ini terjadi  padamu?aku baru mengenalimu tetapi kurasa seperti sudah bertahun-tahun lama kita berkenalan,”bisik hatiku yang sayu.hatiku terasa begitu sakit kerana aku juga menaruh hati padanya dan Tanpa kusedari,manik-manik jernih jatuh berguguran membasahi pipiku.Aku bersyukur pada ALLAH kerana menyelamatkan nyawaku dan aku tetap berdoa agar Alisya sentiasa bahagia disisi ALLAH S.W.T…

            Tidak aku sangka bahawa pertemuan yang singkat ni akan diakhiri dengan perpisahan yang berpanjangan.kini aku tahu bahawa setiap kegembiraan yang datang pasti akan berlalu pergi.Peristiwa itu membuatkan aku sedar akan kepentingan menghargai nyawa dan kehidupan.ini kerana setiap yang berlaku hari ini akan mengubah hari esok.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

koleksi VIDEO

Hari ni mau kongsi dikit bidio urang belagu ...Nie Koleksi Bidio di YOU TUBE yang aku minat... BAH...teruskan menonton...  nie la dulu aku listkan...len kali lagi yee....telampau bnyak bh lagu yang kn ku massukkan ni...takut lambat t loading nya..okey...okey....

SEJARAH TING.4

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH KONSEP PERANG DALAM ISLAM. 1. Antara siri perang Islam di Madinah ialah Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk. 2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy. 3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri. 4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian. 5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela. 6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak – kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak – kanak Islam sehingga pandai. 7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan. 8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.  PERJANJIAN HUDAIBIAH. a) Latar belakang berlakunya Perjanjian H...

Hari yang Tragis

hanya sekadar hiasan     Assalamualaikum w.b.t ...         Lama sudah tak update status kat blog ne..huhu.. maklumlah sibuk benar dari masuk form 6 ne sampai la sekarang .. masa tu ada tp tak terfikir mau update blog ne. Hari ni baru terfikir nak menaip ne... Malm ne suhu sejuk sgt, maklumlah hujan turun kan.. badan pun rasa xselesa ja sb demam melanda diri tak taula sebab apa.. mungkin sebab terkejut kah,, terdedah kpada hujan kah atau skrg memang musim demam so bakteria pun banyak tersebar melalui udara ,air dan angin..uiseh mcm ayat saintis pada abad ke 18 pula .. ahahaa Sebenarnya aku menaip ne bukan apa cuma mau meluahkan cerita yang baru ku pendam ..haha..bukan kisah cinta atau rumah tangga ya .. ini kisah angin kencang yang melanda Fun fair di Papar.        Begini cerita nya, pada suatu malam yang masih terang (7.00 pm) aku dan kawan2 ku pergilah ke fun fair nak tengok2 game yg disediakan .sesampai disana ...