Langkau ke kandungan utama

Hari yang Tragis

hanya sekadar hiasan

    Assalamualaikum w.b.t ... 
       Lama sudah tak update status kat blog ne..huhu.. maklumlah sibuk benar dari masuk form 6 ne sampai la sekarang .. masa tu ada tp tak terfikir mau update blog ne. Hari ni baru terfikir nak menaip ne... Malm ne suhu sejuk sgt, maklumlah hujan turun kan.. badan pun rasa xselesa ja sb demam melanda diri tak taula sebab apa.. mungkin sebab terkejut kah,, terdedah kpada hujan kah atau skrg memang musim demam so bakteria pun banyak tersebar melalui udara ,air dan angin..uiseh mcm ayat saintis pada abad ke 18 pula .. ahahaa Sebenarnya aku menaip ne bukan apa cuma mau meluahkan cerita yang baru ku pendam ..haha..bukan kisah cinta atau rumah tangga ya .. ini kisah angin kencang yang melanda Fun fair di Papar.
       Begini cerita nya, pada suatu malam yang masih terang (7.00 pm) aku dan kawan2 ku pergilah ke fun fair nak tengok2 game yg disediakan .sesampai disana cuaca pada masa itu tak menampakan tanda2 mau hujan ..suasana funfair pda masa tu juga agak lengang..mungkin masih awal kan..dalam jam 9 malam pengunjung mula ramai. kami time tu ada dekat game teka warna bola sbb kawan ada main game tu..hendak dipendekan cerita, lebih kurg dalam jam 10.00 (xtengok jam sebenarnya XD) tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Semua pengunjung berlari utk berteduh di dalam khemah kanopi yg ada di situ. Namun tak semena-mena angin kuat bertiup untuk kali pertama yg menyebabkan kaki khemah terangkat sikit namun sempat di pegang oleh sorg mamat ne. terus enjin generator mati secara tiba2 dan angin kedua menyusul lalu terus menyapu habis khemah2 yang ada di disitu..semasa kejadian aku dan kwan2 juga berada di dalam khemah yg diterbangkan angin itu. perasaan kami pada masa itu hanya tuhan ja yg tahu.
       Kami nampak depan mata mcmana angin tu menerbangkan khemah2 tu..kebetulan kami masa tu berada di dalam bahagian belakang kem..dalam keadaan gelap gelita dan kem yg terangkat kebelakang tu semua panik dan teriak "Lari2X". semua pun lari ke astaka padang . nasib baik khemah sja yg terbang..xdpt dibayangkan kalau peralatan funfair tu tertanggal ...mungkin akan meragut nyawa. namun syukurlah semuanya selamat. masa tu dalam fikiran kami hanya mau keluar dri tempat tersebut dan pergi ke kawasan lapang. dan yang kesian nya ada ibu2 yang bawa anak yg masih baby semasa kejadian tersebut.
        Tapi seorang kawan terpisah dari kami. kami pun rsa panik sbb nda nampak kelibatnya. tp selang minit mencri kami jumpa juga dia dekat khemah kecil peniaga. Tanpa membuang masa kami pun menaiki kereta dan keluar dari funfair tu dengan pakaian yang basah. Seterusnya kami singgah di Petronas Kimanis utk berehat dan menenangkan diri seketika. kawan aku ckp " Masa sebelum angin kuat tu bertiup ada peniaga makanan yg nampak ada awan putih yg berkumpul tepat atas padang ". yg peliknya awan aneh tu cuma ada di kawasan tengah padang tersebut sja tp nda tau la kan kebenaranya. peristiwa ne baru berlaku semalam. dan akan menjadi ingatan ku dan rakan2 sampai bila-bila. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTAI KENANGAN

    Malaysia mempunyai pelbagai keindahan alam termasuk pantai.setiap pantai mempunyai keindahan yang tersendiri.Disabah, terdapat Pantai yang bagus untuk di lawati.pantai tersebut terletak di Bongawan yang digelar sebagai "PANTAI KENANGAN"...kawasan pesisirnya yang bersih dan udaranya yang segar sesuai untuk melakukan aktiviti riadah dan santai.Bagi yang datang dari jauh tak perlu risau kerana pada waktu petang di PANTAI KENANGAN terdapat gerai-gerai yg menjual makanan dan minuman untuk pengunjung yang datang ke sana yang rata-ratanya diusahakan oleh penduduk setempat.                   Sebelah senja p antai ini juga menjadi pilihan org ramai untuk melihat matahari terbenam.Hampir setiap hujung minggu pantai ni menerima kunjungan orang ramai untuk bersantai bersama keluarga atau berehat.Malah,Kemudahan seperti tandas juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.    kedudukan pantai yang jauh dari pusat bandar(80km)...

kisah si Cinta,Kekayaan & Kesuksesan

versi INDONESIA Wanita itu berkata, ” Aku tidak mengenal Anda, tapi aku yakin Anda semua pasti sedang lapar. Mari masuk ke dalam, aku pasti punya sesuatu untuk mengganjal perut. Pria berjanggut itu lalu balik bertanya, ” Apakah suamimu sudah pulang ? ” Wanita itu menjawab, ” Belum, dia sedang keluar. ” Oh kalau begitu, kami tak ingin masuk. Kami akan menunggu sampai suamimu kembali “, kata pria itu.              Di waktu senja, saat keluarga itu berkumpul, sang isteri menceritakan semua kejadian tadi. Sang suami, awalnya bingung dengan kejadian ini, lalu ia berkata pada istrinya, ” Sampaikan pada mereka, aku telah kembali, dan mereka semua boleh masuk untuk menikmati makan malam ini. Wanita itu kemudian keluar dan mengundang mereka untuk masuk ke dalam “.          ” Maaf, kami semua tak bisa masuk bersama-sama “, kata pria itu hampir bersamaan. ” Lho, kenapa ?” tanya wanit...