Langkau ke kandungan utama

SEJARAH TING.4


BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH


KONSEP PERANG DALAM ISLAM.
1. Antara siri perang Islam di Madinah ialah Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy.
3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.
5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela.
6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak – kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak – kanak Islam sehingga pandai.
7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.
8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.

 PERJANJIAN HUDAIBIAH.
a) Latar belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.
1. Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal muhajirin dan mengerjakan umrah.
2. Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah kerana Quraisy merasa maruah mereka tercabar.
3. Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.
4. Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai Perjanjian Hudaibiah.
5. Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran yang besar.

b) Apakah kandungan Hudaibiah.
1. Genjatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.
5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya.

c) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiah.
1. Memberi umat Islam menunaikan haji.
2. Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.
3. Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.
4. Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.
5. Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid dan Amru al – As.
6. Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.
7. Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

d) Bagaimana pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.
1. Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.
2. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
3. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah,
4. Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjatan senjata.
5. Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.




PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH.
1. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah.
2. Pembukaan ini kesan daripada tindakan Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiah.
3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.
4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman.
5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al – Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam.
6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al – Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al – Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.

b) Apakah kepentingan pembukaan Kota Makkah.
1. Pembukaan Makkah menybabkan Abu Suffian dan al – Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.
2. Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah.
3. Setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.
4. Nabi memaafkan pihak Quraisy dan tidak berdendam.
5. Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
6. Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan tempat beribadat seperti ibadat haji.
7. Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.
8. Selepas itu berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji terakhir itu nabi berpesan, “ pusaka yang nabi tinggalkan selepas wafat ialah al- Quran dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini ”.
9. Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

koleksi VIDEO

Hari ni mau kongsi dikit bidio urang belagu ...Nie Koleksi Bidio di YOU TUBE yang aku minat... BAH...teruskan menonton...  nie la dulu aku listkan...len kali lagi yee....telampau bnyak bh lagu yang kn ku massukkan ni...takut lambat t loading nya..okey...okey....

Hari yang Tragis

hanya sekadar hiasan     Assalamualaikum w.b.t ...         Lama sudah tak update status kat blog ne..huhu.. maklumlah sibuk benar dari masuk form 6 ne sampai la sekarang .. masa tu ada tp tak terfikir mau update blog ne. Hari ni baru terfikir nak menaip ne... Malm ne suhu sejuk sgt, maklumlah hujan turun kan.. badan pun rasa xselesa ja sb demam melanda diri tak taula sebab apa.. mungkin sebab terkejut kah,, terdedah kpada hujan kah atau skrg memang musim demam so bakteria pun banyak tersebar melalui udara ,air dan angin..uiseh mcm ayat saintis pada abad ke 18 pula .. ahahaa Sebenarnya aku menaip ne bukan apa cuma mau meluahkan cerita yang baru ku pendam ..haha..bukan kisah cinta atau rumah tangga ya .. ini kisah angin kencang yang melanda Fun fair di Papar.        Begini cerita nya, pada suatu malam yang masih terang (7.00 pm) aku dan kawan2 ku pergilah ke fun fair nak tengok2 game yg disediakan .sesampai disana ...