Pagi berlabuh...aku terjaga dari tidur.aku terasa badanku berat sekali sebab semalam aku pergi menolong paksu menuai padi.Mungkin kerana sudah lama tidak turun ke sawah menyebabkan badanku terasa sengal..."cuti akhir persekolahan ni harus aq pergunakan sebaiknya,sebab time cuti ni lah aq nak menambah hasil pendapatan ku"..hehe kata ku dalam hati.sedang asyik melayan angan-angan,tiba2 terdengar jeritan maksu memanggil "Zam oh Zam,cepat turun ke dapur,kita sarapan kalau lambat nanti inda ampit"."kajap makcik"kataku..aku dengan segera melompat dari katil dan terus turun ke dapur.
"Fuyoo....ayam goreng dan nasi lemak,ni makcik beli atau buat sendiri"kataku berseloroh..."ish,mestilah makcik buat sendiri..ni semua makcik buat pakai resepi turun temurun arwah Datuk kamu tau"kata makcik ku dengan muka yang serius...Ah???dengan muka terkejut aq b'tanya"sejak bila arwah atuk Din pandai memasak ni???setahu zam kalo bab tukang menukang ni atuk PRO lah..tp kalo bab memasak ni...lagipun atuk tu time hidup xpernah pulak zam nampak atuk jadi CHEF kat umah ni..slalunya nek kiah dan maksu je yang masak.." ...."haha...memanglah atuk Din tak pandai masak...yang makcik maksudkan ni atuk yang kat KFC tu....haha"kata maksu sambil ketawa..
"eYh,sudah-sudahlah tu Ros tak baik gelak depan rezeki ni..hilang berkatnya"kata paksu mencelah..."betul tu kata pakcik"kata ku dengan muka yang merah padam menahan geram.."Eh mana zu,maksu???dari tadi tak nampak pun batang leher dia???...kata ku dgn penuh hairan.."pagi2 lagi dia dah keluar..dia pergi ke rumah kawannya Murni.katanya dia nak ajak kawan barunya tu datang ke mari",..kata maksu.."ooo..harap-harap la cantik c murni tu..kalo cantik ada harapan la aq nak ngorat ni..hihihi" kataku dalam hati..
"Assalamualaikum mak,zu balik ni"..suara zu berkumandang di sebalik pintu utama rumah.."waalaikumsalam.masuk lah pintu tak berkunci"..kata ku membalas.."mak,abah kenalkan ni kawan zu,Murni.dia ni sekelas dengan zu"kata zu manja..."Aik takkn ngan abah dan mak awak je awak nak kenalkan..dengan saye awk taknak kenalkan ke???hehe"kataku..."ish,,tak payahlah zu nak kenalkan dia pada zam..bukan dapat ape2 pun..huh"..kata zuu dengan nada yang mengejek...selepas berbual panjang zuu mengajak murni naik ke tingkat atas..."Ros,abang dah nak berangkat ke sawah ni"kata paksu."hati2 abang"kata maksu..aku dengan berani naik ke atas...aku pun mula melancarkan strategi perang yang sudah beberapa minit ku atur untuk mendekati murni..dengan muka yang macho dan suara yang jantan aq pun memanggil zu yang sedang bersembang dengan murni d beranda"zu,zu..mak zu suruh zu pergi turun bawah.dia suruh zu jemur pakaian"...."ye ke?atau zam saje je nak suh zu pergi spaya zam dapat b'sembang ngan murni???hihihi..kata zu dengan nada sinis...zu pun turun kebawah dan dengan gentelmen nya aku pun mendekati murni.."hai murni..awak dah lama kenal zu??".."tak la lama sangat,mungkn baru dalam sebulan kot..awak ni siapa??"katanya dengan tersipu malu.."sye azam..panggil je zam.sepupu zuu yang kerek tu..hihihi"kataku..
selepas beberapa minit bersembang aku pun dengan muka yang poyo menanya MUrni soalan cepu emas."Murni,boleh azam tanya sesuatu???"..."tanya saje lah"katanya ringkas.."Emm..boyfren murni tak marah ke murni datang pegi sini??"...terdiam sejenak...."emm.....xde lah..murni xde kekasih..azam pulak???"....."YES3....akhirnya strategi aku akan berhasil..hihi..ehem..ehem....zam masih single xde sape nak marah..hihi"kataku penuh berbunga-bunga.."oo..rupanys betol la ckp zuu..zam nak ngorat Murni ye???..haha"nanti zu gtaw kat ibu azam..baru azam tahu..kiki...tiba2 suara Zu mencelah secara membabi khinzir..,
"Eh Zu...zam xperasan pula zu datang,hehe"kataku utk cover malu.."memanglah xperasaan kalo Zam cerita mcm xingt dunia ngn Murni.."kata zu.mereka berdua pun pergi.katanya nak bersiar2 di sekeliling kampung.
Sebulan sudah aku mengenali Murni terasa ada sesuatu yang menghimpit hatiku sepertinya ada taman yang sedang berbunga di dalam hati ku dan ketika aku terlihat dia bercakap2 sama lelaki lain.hatiku merasa sayu dan terasa bunga-bunga di taman hatiku mula layu dan jatuh berguguran.Namun aku masih tertanya-tanya mengapa aku terasa hatiku perit ketika dia berjumpa lelaki lain...apakah kerna aku sudah jatuh cinta??..."Ya ALLAH jika dia adalah jodohku maka berilah kepada ku kesudahan yang baik dan jika dia bukan jodohku maka engkau tunjukkanlah petandanya..amin"doaku seusai solat asar.Aku bertekad hari ini aku harus berterus terang akan perasaan ku terhadapnya..tp dalam beberapa hari ini aq tidak nampak kelibatnya datang ke rumah.tiba2 pintu bilikku di ketuk dan zu meluru masuk "Zam,zu nak gtaw zam sesuatu...Murni dah berpindah.."kata zu..hatiku terasa hampa.."AHH??kenapa Zu xbagitau kt Zam awal2.Bila dia jalan??"kata ku..."baru aja lepas solat asar..."kata Zu....dia ada kirim surat kt Zu..katanya dia suh bg kt zam....."Zam,Zam bole tak pegi kt batu d tepi pantai tu ,MURNI ada sesuatu nk bagi kt Zam.. "isi surat itu...tanpa berlengah aq pun pergi ke tempat tersebut..
matahari kian redup dan senja makin berlabuh...sedang mencari aku terlihat sekeping surat berwarna merah hati..aku pun membuka surat tersebut...
Kepada yang tersayang,,
Saat kau sedang membaca surat ini, mungkin kau mengira bahwa
ini adalah surat bodoh yang tidak penting dan kau berniat membuang surat ini
sebelum kau selesai membacanya, Dan hanya satu permintaanku saat kau membaca
surat ini, teruslah membaca surat ini sampai selesai, karena surat ini berisi
luahan perasaanku kepadamu, Silakan buang atau bakar surat jika kau sudah
selesai membaca.
Aku tahu, aku memang tak sepandai Penyair dalam menyusu
kata-kata cinta yang indah, aku juga sadar bahwa aku tak cukup cantik untuk
bisa memiliki dirimu yang tak terkira tampannya, Tapi bukankah setiap manusia
mempunyai hak yang sama untuk bisa mengatakan cinta. Dan itulah sebabnya aku
menulis surat ini.
Sudah sebulan kita
kenal, sebulan pula aku selalu memperhatikanmu, melihat senyummu, dan menatap
wajahmu. Tahukah kau, itulah bulan terindah dalam hidupku. Dan kini tibalah
saatnya aku mengungkapkan perasan ini padamu, perasaan yang selama sebulan
selalu aku kubur dalam-dalam di dasar hati. "Aku cinta padamu""
Mungkin terlalu pengecut bagi seorang wanita mengungkapkan
perasaan cinta melalui surat, tapi inilah caraku, Aku tak terlalu berharap kau
bisa menerima cintaku, aku hanya berharap kau mengerti betapa aku cinta padamu.
Dari sahabatmu,MURNI
..................................................................................................................................................
segala harapan ku punah...jiwa ku seperti memberontak.aku seakan2
tidak percaya akan apa yang aku baca.rupa2nya dia juga menyimpan perasaan
terhadapku.titisan air mata mula membanjiri ruang mata ku.kelopak mataku terasa
berat sekali lalu menjatuhkan manik-manik kecil yang membasahi pipi..aku
berharap akan dapat bertemu dengannya..aku merasakan senja ini adalah senja
terakhir aku dapat mendengar kata-katanya..walaupun hanya dalam sekeping
surat...
Ulasan
suka aq bca~
^_^